SK Sena Cemerlang di AKJ SKK-IPTA 2014

skkgb

Dewan Za'ba, Putrajaya - Sekolah Kebangsaan Sena mencatat sejarah apabila merangkul 4 anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan Dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (AKJ SKK-IPTA) 2014 yang diadakan pada 20 Oktober 2014. Anugerah yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Sekolah - Sekolah Kluster Kecemerlangan yang telah berjaya menjalinkan kerjasama yang berkesan dalam menjalankan program - program bersama dengan Institusi - Institusi Awam Malaysia. SK Sena telah menjalinkan kerjasama yang begitu erat denagn UniMap. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama. SK Sena juga telah menjalinkan kerjasama dengan USM, UPSI, IPGM serta UiTm.  SK Sena telah menerima Anugerah Jalinan Pengkomersilan, Anugerah Tokoh Jalinan Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, Anugerah Jalinan Amalan Terbaik dan Anugerah Jalinan Kemasyarakatan. Hadiah-hadiah berupa wang tunai bernilai RM 3,500.00, trofi dan sijil penyertaan. 

SK Sena yang diwakili oleh Guru Besar, Encik Roslan Bin Yatim, Cik Siti Sofiah Bt Abdullah yang mewakili Cik Azizah Bt Hamzah, Adik Muhammad Qhalif Azariq B Sahzan dan Adik Rifqie Aiman B Mohd Salehuddin diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pendidikan II iaitu Dato' Seri Idris B Jusoh. Cenderamata - cenderamata ini berupa produk - produk inovasi yang telah dihasilkan oleh murid - murid SK Sena. Cik Azizah B Hamzah telah dianugerahkan Tokoh Jalinan Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena, Encik Roslan B Yatim mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, UNIMap, serta semua yang telah terlibat di atas penghargaan yang diterima. Kejayaan ini menjadi perangsang kepada SK Sena untuk terus aktif menjalankan aktiviti-aktiviti dengan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam pada masa hadapan.

skkpiala   skksijil    skkcek

 skk1

skk2