Sekolah Kebangsaan Sena

Latar Belakang Program

GENIUSMATHS telah dipilih sebagai salah satu Niche Area (bidang bitara) kerana Matematik adalah satu subjek yang perlu diberi penekanan yang serius demi melahirkan insan lebih berdaya saing di arena antarabangsa dan boleh membuat sesuatu keputusan dengan lebih rasional serta berkebolehan menyelesaikan masalah secara sistematik selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan penguasaan konsep-konsep asas matematik, murid tidak akan mempunyai masalah dalam meneruskan usaha mereka bagi menguasai kesenian ilmu Matematik di peringkat menengah dan peringkat yang lebih tinggi.

Matematik bukan sekadar mengenal nombor dan empat operasi asas sahaja, malahan ianya merupakan salah satu cabang komunikasi yang membolehkan individu menyelesaikan pelbagai masalah yang dialami di dunia hari ini. Usaha ini adalah selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran yang memberi penekanan kepada Dasar 60:40, iaitu menitikberatkan Sains dan Matematik. Kebanyakan murid beranggapan matematik ini adalah sukar, maka dengan adanya Program GENIUSMATHS ini akan dapat mengubah cara pemikiran dan persepsi murid dan juga masyarakat terhadap matematik serta dapat menjadikan ia sebagai satu gaya hidup yang lebih bermakna. Melalui aktiviti ini juga, tahap kecemerlangan dan profesionalisme guru dapat dipertingkatkan dalam melahirkan generasi yang berfikiran matematik dalam kehidupan yang berdaya saing serta berketrampilan dari segenap aspek. Usaha ini dapat mewujudkan guru yang kreatif dan inovatif bagi menyaingi cabaran di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Analisis Pencapaian Keseluruhan Matematik UPSR
Sekolah Kebangsaan Sena
1998 - 2007

TahunJumlah Calon
Peratusan Calon Lulus
Peratusan Calon Gagal
1998132
97.7
2.3
1999142
93.6
6.4
2000143
87.4
12.6
2001
136 91.4
8.6
2002
117
88.9
11.1
2003
140
95.0
5.0
2004
137
93.4
6.6
2005
123
95.9
4.1
2006
148
93.9
6.1
2007
166
96.4
3.6
Target 2008
154
97.1
2.9

Analisis Gred Matematik UPSR
Sekolah Kebangsaan Sena
2003 - 2007

Tahun
Jumlah Calon
A
B
C
D
E
Bil.
%
Bil.
%
Bil.
%
Bil.
%
Bil.
%
2003
140
72
51.4
33
23.6
28
20.0
6
4.3
1
0.7
2004
137
42
30.7
52
38.0
29
21.2
8
5.8
6
4.4
2005
123
68
55.7
30
24.6
19
15.6
3
2.5
2
1.6
2006
148
68
45.9
34
23.0
37
25.0
4
2.7
5
3.4
2007
166
92
55.4
39
23.5
29
17.5
3
1.8
3
1.8

Hasil kecemerlangan yang telah dicapai oleh murid selama ini perlu digilap supaya murid berpeluang memperkembangkan daya permikiran kognitif serta mengoptimumkan keupayaan mereka ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi. Dengan ini SK Sena (Bitara Matematik) merangka program-program yang dapat membolehkan murid-murid memahami, menguasai, mengaplikasikan dan menganalisis kemahiran matematik ini di dalam kehidupan seharian mereka dalam menuju ke arah kecemerlangan Matematik.

Antara program-program yang telah dirancang ialah

  1. Mathematics Excess Center (MEC)
  2. Dr. Mathematics
  3. Mathematics Around Us (MAU)
  4. Peningkatan Tahap Profesionalisme Guru Matematik
Semua program ini adalah hasil perbincangan dan usaha sama dengan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Antara pensyarah yang terlibat bagi menjayakan program ini ialah
  1. Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Bin Mohamed (Dekan)
  2. Profesor Madya Dr. Lim Chap Sam (Pengerusi Panel Penasihat)
  3. Profesor Madya Dr. Anna Christina Binti Abdullah
  4. Profesor Madya Dr. Munirah Binti Ghazali
  5. Tn. Hj. Mohd. Norawi Bin Ali
  6. Dr. Termit Kaur
  7. Dr. Ong Saw Lan

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers