Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat, dan Restu Ilmu Khas Buat Pelajar UPSR 2018

User Rating:  / 0
PoorBest 

Pada 20 September 2018, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Restu Ilmu khas buat 96 orang pelajar tahun 6 2018. Majlis bermula pada jam 6:30 petang. Ramai ibu bapa hadir ke Majlis tersebut bagi bersama-sama memohon keberkatan untuk anak-anak mereka dalam menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang bakal berlangsung pada 24 September 2018 ini.

Usai bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar En. Jafri Bin Othman, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SK Sena serta ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut. Harapan beliau agar anak-anak tahun 6 ini akan melakar kejayaan dalam UPSR tahun ini.

Turut hadir sama ke majlis tersebut ialah YB Noor Amin iaitu Ahli Parlimen Kangar. Beliau berharap agar pelajar tahun 6 SK Sena bakal memperoleh keputusan yang cemerlang kelak. Beliau juga berharap agar pelajar tahun 6 tidak mudah berputus asa dalam usaha mencari ilmu walau apa sahaja rintangan yang mendatang. 

Suasana sepanjang majlis amat mendamaikan diikuti hujan gerimis di luar. Para ibu bapa memberi komitmen yang sangat tinggi kepada semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang majlis ialah, solat Maghrib, solat Isya', solat hajat , penyampaian alat tulis kepada pelajar dan seterusnya restu ilmu. Majlis telah melabuhkan tirai pada jam 9:30 malam dengan sedikit jamuan.

bacaanyaasin3

bacaanyaasinYB

bacaanyaasin4

bacaanyaasin8

bacaan yaasin1

bacaanyaasin9

bacaanyaasin11

bacaan yaasin1

bacaanyaasin12